Apa punca Gout ?



Jangan terkejut apabila doktor memberitahu bahawa kita mengidap gout. Sakit pada jari kaki yang dialami adalah petanda gejala gout.



Sakit yang di rasakan adakalanya berdenyut-denyut sehingga dia terjaga dari tidur akibat tidak dapat menahan rasa ngilu. Kesukaran mula dirasai terutama apabila menyarung stoking dan kasut untuk ke tempat kerja.

Pada awalnya kita menyangka sakit tersebut adalah kerana terseliuh. Tambahan pula rajin bermain badminton pada hujung minggu. Kini terjawablah teka-teki yang bermain di minda.



Ujian darah membuktikan paras asid urik dalam darah meningkat dan penyakit ini di namakan gout. Menurut seorang sahabat yang juga mengidap gout, kesakitan akibat gout bukan kepalang dan kadang kala memerlukan suntikan tahan sakit.



‘Gout juga boleh menjadi punca batu karang mudah terjadi.’


Gout berlaku akibat tubuh gagal memproses protein. Makanan berprotin tinggi seperti ikan, udang, daging, telur, kacang dan lain-lain tidak boleh dimakan oleh pengidap gout.

Protin dalam makanan seperti ini akan diproses menjadi asid urik dan seterusnya dipecahkan menjadi air dan urea. Asid urik adalah berbentuk separa pejal.



Kegagalan tubuh memecahkan asid urik kepada urea membuatkan asid separa pejal berkumpul pada celahan tulang dan akhirnya membentuk ketulan kristal batu gout.



'Kristal batu gout ini boleh juga terbentuk pada celahan buah pinggang dan pundi kencing membentuk batu karang'



Gout lazimnya menyerang
 ibu jari kaki. Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit apabila gout menyerang. Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.

Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan. Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya satu hingga dua minggu untuk reda jika tidak dirawat.



Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan. Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

Bukan faktor pemakanan protin sahaja menjadi punca kepada masalah gout. Meskipun berpantang makan tetap juga mendapat serangan.

Selain protin, pengambilan minuman beralkohol, minuman bergula tinggi dan makanan proses yang menggunakan pemanis sirap jagung berfruktosa tinggi , adalah antara penyebab utama gout.



Sirap jagung mula diekstrak di Amerika (1960-an). Ia di promosi sebagai gula yang lebih sihat dan lebih manis berbanding gula biasa. Tetapi saintis berjaya membuktikan bahawa sirap jagung adalah punca kepada pelbagai jenis penyakit.


Terdapat peningkatan ketara insiden penyakit gout ini sejak beberapa dekad lalu terutama di negara-negara maju seperti US sejak peningkatan penggunaan minuman berkarbonat, minuman jus dan minuman bergula terutamanya sirap jagung berfruktosa tinggi.

.


Fruktosa berlebihan juga menyebabkan peningkatan paras asid urik yang menjadi punca kepada masalah sakit sendi gout. Gannguan enzim xanthine oxidase dalam hati yang menyebabkan berlaku peningkatan paras asid urik dalam darah.


Fruktosa juga tidak dapat dipecahkan kepada tenaga dan diproses sebagai urik asid. Ia juga mengganggu hormon dopamine dalam otak hingga menimbulkan rasa ketagihan kepada fruktosa berlaku.

'Fruktosa juga menyebabkan masalah  insulin dan meningkatkan paras insulin dalam darah dan ini punca terjadinya sindrom metabolik dan menyumbang kepada kencing manis.'

Nasihat perubatan yang konvensional untuk penyakit gout biasanya memfokuskan kepada ‘berpantang’ makanan berprotin seperti daging, udang, sotong, kekacang dan sebagainya supaya mengawal minuman bergula, buah-buahan manis serta jus yang mempunyai kandungan fruktosa tinggi.



Fruktosa ialah satu-satunya jenis karbohidrat yang boleh meningkatkan paras asid urik dalam darah.